- Bangun awal pagi sebelum masuk waktu subuh.
- Amalkan solat sunat qobliyah subuh (2 rakaat sunat sebelum solat fardhu subuh).
- Jangan abaikan solat wajib 5 waktu tidak ketinggalan solat jumaat (zaman sekarang ni ramai yang gagal dalam menunaikan solat jumaat. Tidak elok begitu, bukankah antara perkara yang digeruni orang kafir ialah bila melihat orang Islam berkumpul setiap minggu untuk bersolat jumaat. Tentulah ada sesuatu hikmat besar dalam solat Jumaat).
- Amalkan membaca ayat 1000 dinar setiap kali selepas solat fardhu, sebelum pergi ke pejabat atau tempat kerja, dan sebelum tidur. Bacalah sebanyak 3 atau 5 atau 7 kali. Hanya orang-orang yang mengamalkannya yang dapat memperihalkan kemujaraban ayat ini. Subhanallah..
- Mengeluarkan zakat serta bersedekah kepada fakir miskin.
- Menjaga makan minum supaya jangan bercampur dari sumber yang haram dan syubhat, agar doa mudah dikabulkan Allah.
- Sentiasa berterima kasih pada Allah atas apa-apa yang kita miliki. Sesiapa yang bersyukur nescaya Allah tambahkan lagi nikmat (sesiapa yang kufur nescaya azab pedih menanti di alam kubur).
- Sebelum tidur selepas membaca doa (doa sebelum tidur), berselawat keatas Nabi dan beristighfar serta memohon keampunan untuk seluruh kaum muslimin dan muslimat.
12 December 2011
Kelebihan Ayat Seribu Dinar
Semua orang mahukan rezeki yang banyak, mudah, berkat serta makmur. Dalam pekerjaan kita seharian mencari rezeki, mestilah sentiasa niatkan dalam hati supaya Allah mengurniakan kita dengan rezeki yang halal, berkat, mudah serta luas. Sebelum kita turun dari rumah menuju ke tempat kerja atau sebelum memulakan pekerjaan, mulakanlah dengan bismillah.
Selain melakukan pekejaan yang halal menurut hukum syarak, hendaklah kita melakukan pekerjaan dengan tekun dan bertanggungjawab, menepati masa (jika bekerja dengan majikan), dan jangan mengabaikan solat bila sudah masuk waktu solat. Mestilah bersegera menunaikannya barulah Allah menyegerakan sampainya rezeki. Satu perkara lagi, jangan mengamalkan tabiat mengeluh jika ada sesuatu kesukaran dan kepayahan, kerana itu adalah test dari Allah untuk meneguhkan jiwa kita. Jika kita mengeluh, maka adalah seolah-olah kita menganggap apa yang Allah takdirkan untuk kita itu tidak betul. Itu menunjukkan kita tidak redha dengan Allah. Bagaimana kita nak harapkan keredhaan Allah dan doa kita makbul sedangkan kita tidak redha pada ketentuan Allah.
Sebelum kita meminta apa-apa dari Allah, terlebih dahulu kita hendaklah bersikap syukur dengan apa-apa yang telah kita terima sebelum ini seperti udara, air, makan minum, pakaian, rumah, keluarga dan sebagainya. Kemudian barulah kita berniat untuk mendapat apa-apa tambahan dari Allah.
Walaubagaimanapun, disini ada beberapa petua untuk diamalkan supaya kita dapat murah rezeki, kalau bekerja lekas naik pangkat, kalau berniaga dapat untung yang banyak.
AYAT SERIBU DINAR
Mafhumnya: Barangsiapa yang bertakwa kepada Allah, nescaya Allah akan lepaskan ia dari masalah hidup Dan diberikannya rezeki dari sumber yang tidak diduga. Dan barangsiapa yang bertawakkal kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkan keperluannya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan ( yang dikehendaki ) Nya. Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu.
5 December 2011
TAYAMMUM
Pengertian
Tayammum ialah menyapu debu ke muka dan kedua tangan sampai ke siku, menggunakan debu yang suci dengan beberapa syarat. Tayammum adalah sebagai ganti dari wuduk atau mandi. Tayammum di segi syarak adalah menggunakan tanah yang bersih dan suci seperti debu atau pasir bagi menyapu muka dan tangan untuk mengangkat hadas dengan persyaratan syarak sebagai pengganti wuduk atau mandi wajib(mandi junub)
Dalil
Tayammum disyariatkan berdasarkan Al Quran dan sunah. Allah SWT berfirman, "[43] Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu hampiri sembahyang (mengerjakannya) sedang kamu dalam keadaan mabuk, hingga kamu sedar dan mengetahui akan apa yang kamu katakan dan janganlah pula (hampiri masjid) sedang kamu dalam keadaan Junub (berhadas besar) kecuali kamu hendak melintas sahaja hingga kamu mandi bersuci dan jika kamu sakit atau sedang dalam musafir atau salah seorang di antara kamu datang dari tempat buang air atau kamu bersentuh dengan perempuan, kemudian kamu tidak mendapat air (untuk mandi atau berwuduk), maka hendaklah kamu bertayamum dengan tanah (debu) yang suci, iaitu sapukanlah ke muka kamu dan kedua tangan kamu. Sesungguhnya Allah Maha Pemaaf, lagi Maha Pengampun." (An-Nisa: 43).
"[6] Wahai orang-orang yang beriman, apabila kamu hendak mengerjakan sembahyang (padahal kamu berhadas kecil), maka (berwuduklah) iaitu basuhlah muka kamu, dan kedua belah tangan kamu meliputi siku dan sapulah sebahagian dari kepala kamu dan basuhlah kedua belah kaki kamu meliputi buku lali dan jika kamu berjunub (berhadas besar) maka bersucilah dengan mandi wajib dan jika kamu sakit (tidak boleh kena air) atau dalam pelayaran atau salah seorang dari kamu datang dari tempat buang air atau kamu sentuh perempuan, sedang kamu tidak mendapat air (untuk berwuduk dan mandi), maka hendaklah kamu bertayamum dengan tanah (debu) yang bersih, iaitu: Sapulah muka kamu dan kedua belah tangan kamu dengan tanah debu itu. Allah tidak mahu menjadikan kamu menanggung sesuatu kesusahan (kepayahan), tetapi Dia berkehendak membersihkan (mensucikan) kamu dan hendak menyempurnakan nikmatNya kepada kamu, supaya kamu bersyukur." (Al-Maaidah: 6)
Rasulullah s.a.w. bersabda, "Tanah adalah wudu seorang muslim jika tidak mendapatkan air kendati selama sepuluh tahun." (HR An-Nasai dan Ibnu Hibban).
Rasulullah s.a.w. juga bersabda, "Seluruh tanah di bumi dijadikan sebagai tempat sujud dan bersuci bagiku dan umatku. Maka, di mana saja waktu salat menghampiri seseorang dari umatku, tanah dapat menyucikannya." (HR Ahmad).
Syarat-syarat tayammum
1. Sudah masuk waktu.
2. Tidak mendapat air setelah berusaha mencari.
3. Dengan debu yang suci.
4. Berhalangan menggunakan air disebabkan sakit.
5. Suci dari najis.
Rukun Tayammum
Rukun tayammum ada empat:
1. Niat, dengan lafaz “Sengaja aku bertayammum untuk membolehkan mengerjakan solat karena Allah Ta’ala”.
2. Mengusap muka dan dua telapak tangan sampai ke siku cukup sekali dengan debu yang suci
3. Meratakan debu yang suci itu pada seluruh anggota tayammum, iaitu muka dan kedua tangan
4. Tertib melakukannya.
Cara-cara Bertayammum
1. Meletakkan dua belah tangan di atas debu untuk disapukan ke muka.
2. Menyapu muka dengan debu, dua kali
3. Menyapu kedua belah tangan sampai ke sikut dengan debu
4. Mentertibkan rukun.
Anggota tayammum
muka dan dua tangan (hingga ke siku) sahaja. Kaki tidak termasuk sebagai anggota tayammum.
Sunat Tayammum
1. Membaca bismillah
2. Mengadap ke arah kiblat
3. Membaca doa ketika selesai tayammum
4. Menipiskan debu
5. Mendahulukan anggota yang kanan dari yang kiri
6. Tertib
Perkara-perkara Yang Membatalkan Tayammum
1. Setiap yang membatalkan wuduk
2. Ada air (melihat air sebelum solat) kecuali kerana sakit
3. Murtad
Kes-kes Tertentu berkenaan Tayammum
Bila Tayammum Dan Wuduk Boleh Digabungkan
Ada ketikanya bila Tayammum dan wuduk boleh digabungkan untuk menyempurnakan pembersihan seseorang daripada hadas kecil. Umpamanya, seorang Muslim itu mengalami mudarat (seperti tangan disimen kerana patah) ataupun mempunyai tempat luka yang tidak boleh terkena air, dan sekiranya terkena air boleh menambahkan lagi mudarat, orang tersebut dibolehkan menyucikan bahagian dirinya yang sihat secara wuduk biasa. Bahagian wuduknya yang tidak boleh terkena air tadi boleh dibersihkan dengan cara tayammum sahaja.
Sekiranya bahagian kaki tidak boleh terkena air, wuduk bahagian itu juga digantikan dengan tayammum (di muka dan dua tangan).
Bersolat Dengan Bertayammum Dan Kemudian Mendapati Air
Apabila seseorang itu memulakan solatnya setelah bertayammum dan di pertengahan dia mengerjakan solatnya, tiba-tiba bekalan ataupun sumber air kembali pulih, dia boleh meneruskan dan menghabiskan solatnya tanpa memberhentikan solatnya. Solat itu sah dan dia tidak perlu mengulangi solat tersebut.
Sekiranya seseorang itu menunaikan solat dengan hanya bertayammum kerana ketiadaan air, dan selepas itu meneruskan perjalanannya dan kemudiannya berjumpa air, solat yang ditunaikannya tadi dengan bertayammum tidak perlu diulangi lagi. Hal ini berdasarkan hadis dari Abu Sa'id Al-Khudri dia berkata, Ada dua orang laki-laki keluar dalam suatu safar (perjalanan). Kemudian tiba waktu solat sedang tidak ada air bersama keduanya. Lalu keduanya bertayammum dengan tanah yang suci sekaligus solat. Tak lama kemudian, keduanya menjumpai air, maka seorang mengulangi wuduk dan solatnya, sedangkan seorang lainnya tidak mengulangi. Keduanya kemudian datang kepada Rasulullah S.A.W. serta menceritakan halnya, lantas sabda Nabi kepada yang tidak mengulangi solat, "Engkau telah mengikut sunnah dan solat sudah cukup." Sedangkan sabda beliau kepada yang mengulangi solat, "Engkau mendapatkan dua pahala.
26 November 2011
RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN PEN AGAMA ISLAM
Tarikh : 10.11.2011
Tahun : Lima Elit
Masa : 8.45 am -9.15 am
Tema : Taharah
Tajuk : Tayammum
Fokus Utama :
Pelajar akan dapat menjaga kebersihan dan kesucian diri setiap masa.
Fokus Sampingan:
Pada akhir proses pengajaran dan pelajaran,pelajar dapat;
a) Menyebut pengertian tayammum
b) Membanding beza antara tayammum dengan berwudu’
c) Melaksanakan tayammum dengan betul
Kemahiran Bahasa :
Kemahiran mendengar
Kemahiran bertutur.
Pengisian Kurikulum :
Ilmu - Pendidikan Kesihatan ,Aqidah ,Al-Quran
Nilai Murni - Bersyukur,Istiqamah,Bersih dan Jujur
Kemahiran Bernilai Tambah :-
1. Kemahiran Berfikir – Membanding dan Membeza, Mentafsir
2. Kemahiran Belajar Cara Belajar
Bahan Bantu Mengajar : Gambar ,Debu Tanah
Pengetahuan Sedia Ada:
Pelajar telah mengetahui tentang pentingnya taharah/kebersihan dalam islam dan kehidupan seharian
Isi Pelajaran | Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran | Catatan |
Pendahuluan ( 2 minit ) | - Pelajar membaca doa beramai-ramai | |
Set Induksi ( 3 minit ) | - Guru bersoal jawab dengan murid perbuatan yang dilakukan pada awal pagi. - Murid diminta menyatakan apakah yang mereka telah lakukan di awal pagi . | KB: Pemikiran reflektif Teknik: Sumbangsaran |
Langkah 1 ( 8 minit ) | - Guru menerangkan pengertian tayammum Tayummum ialah menyapu debu tanah ke muka dan kedua-dua tangan sebagai ganti wudhu atau mandi wajib dengan syarat-syarat tertentu. - Guru menjelaskan rukun-rukun tayammum 1.Niat 2.Menyapu debu tanah ke muka 3.menyapu debu tanah pada kedua-dua belah tangan hingga ke siku | KB: Menjana idea Teknik : Syarahan |
Langkah 2 ( 8 minit ) | - Guru mendemonstrasikan cara tayammum dengan diperhatikan oleh murid. - Guru meminta seorang murid lelaki dan seorang murid perempuan melakukan tayammum. | Teknik : Tunjuk cara |
Langkah 3 ( 5 minit ) | - Guru meminta murid a.Menyebut pengertian tayammum b.membanding beza antara tayammum dan wudhu. | KB: Banding beza |
Penutup ( 4 minit ) | - Guru membuat kesimpulan bahawa Islam menekankan soal kebersihan dan kesucian setiap masa khususnya semasa beribadat. | Nilai: Kesedaran kendiri |
18 September 2011
Welcome
Ini pertama kali saya belajar membuat blog. Harap kawan-kawan membantu saya dalam usaha murni ini..
Subscribe to:
Posts (Atom)