26 November 2011



RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN PEN AGAMA ISLAM

Tarikh             : 10.11.2011
Tahun              : Lima Elit
Masa               :  8.45 am -9.15 am
Tema               :  Taharah
Tajuk               : Tayammum

Fokus Utama  :
Pelajar akan dapat menjaga kebersihan dan kesucian diri setiap masa.

Fokus Sampingan:
Pada akhir proses pengajaran dan pelajaran,pelajar dapat;

a) Menyebut pengertian tayammum
b) Membanding beza antara tayammum dengan berwudu’
c) Melaksanakan tayammum dengan betul

Kemahiran Bahasa :
Kemahiran mendengar  
Kemahiran bertutur.

Pengisian Kurikulum  :

Ilmu                - Pendidikan Kesihatan ,Aqidah ,Al-Quran
Nilai Murni     - Bersyukur,Istiqamah,Bersih dan Jujur

Kemahiran Bernilai Tambah :-
1.                          Kemahiran Berfikir – Membanding dan Membeza, Mentafsir
2.                          Kemahiran Belajar Cara Belajar

Bahan Bantu Mengajar : Gambar ,Debu Tanah

Pengetahuan Sedia Ada:

Pelajar telah mengetahui tentang pentingnya taharah/kebersihan dalam islam dan kehidupan seharian


Isi Pelajaran
Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran
Catatan

 Pendahuluan
 ( 2 minit )

- Pelajar membaca doa beramai-ramai





 Set Induksi
  ( 3 minit )

- Guru bersoal jawab dengan murid     perbuatan yang dilakukan pada awal pagi.
- Murid diminta menyatakan apakah yang mereka telah lakukan di awal pagi
.

KB:
Pemikiran reflektif
Teknik:
Sumbangsaran

  Langkah 1
   ( 8 minit )

Guru menerangkan pengertian tayammum
   Tayummum ialah menyapu debu tanah ke  muka dan kedua-dua tangan sebagai ganti wudhu atau mandi wajib dengan syarat-syarat tertentu.

- Guru menjelaskan rukun-rukun tayammum

1.Niat
2.Menyapu debu tanah ke muka
3.menyapu debu tanah pada kedua-dua belah tangan hingga ke siku


KB:
Menjana idea

Teknik :
Syarahan

  Langkah 2
  ( 8 minit )

- Guru mendemonstrasikan cara tayammum dengan diperhatikan oleh murid.
- Guru meminta seorang murid lelaki dan seorang murid perempuan melakukan tayammum.
 

Teknik :
Tunjuk cara

  Langkah 3
 ( 5 minit )

- Guru meminta murid

a.Menyebut pengertian tayammum
b.membanding beza antara tayammum dan wudhu.


KB:
Banding beza

  Penutup
 ( 4 minit )

- Guru membuat kesimpulan bahawa Islam menekankan soal kebersihan dan kesucian setiap masa khususnya semasa beribadat.



Nilai:
Kesedaran kendiri


0 comments:

Template by:
Free Blog Templates